Aku hairan, tempoh hari seorang lelaki keluar dari rumah jiran perempuan yang ku kira penduduk baru masuk. Lalu ku menegur lelaki tersebut semasa dalam lif. Dia kata dia tunang kepada perempuan tadi dan tolong perempuan tersebut pindahkan barang. Tapi apa yang kau buat dalam rumah tuh dengan keadaan pintu tertutup? Persoalannya betul ke tunang? Dalam tahun ini ada 2 kes tangkap basah di kawasan perumahan ku.
Aku hairan, ada panggilan dari Jabatan Kimia pagi ni, bercakap pasal sampel DNA dan darah yang dia terima dari ku dan nak mintak ku confirmkan samada Saadiah ni ibu atau anak. Apa nih?
Aku hairan, bagaimana lukisan ini boleh siap dalam mesyuarat tadi
Memang hairan.
|