Berita Terkini
Bermula semalam, ku dan Latipah mula menduduki rumah baru. Terima kasih kepada mak dan abah, mak dan bapak, Azhar, Ado sekeluarga dan Syafiq dan Syamil yang turut serta membantu mengemas serta sama-sama berbuka.

Lepas ni ku akan menjadi regular customer kepada Mydin kerana faktor lokasinya yang tak sampai 1 km dari rumah. Kedai runcit ada, tapi harga mee Maggi dia RM4.50 berbanding di Mydin, RM3.70. Dah lah beli tong gas kena angkat sendiri!

Hari ini mendapat sebanyak 3 jemputan majlis berbuka puasa. Soalan pertama yang aku tanya untuk setiap jemputan ialah, "Boleh bawak spouse?"

Hari ini ku pakai blazer, sekurang-kurangnya 2 rakan sekerja panggil ku "CEO!", ku aminkan dalam hati. Diorang tak tahu aku beli blazer tuh pada harga RM19 masa Padini warehouse sale dulu.

David Blaine angkat kereta ku tempoh hari!

Salah seorang bos besar akan bertukar jabatan minggu depan, ku masih keliru samada nak bergembira atau bersedih. Jika ^s%@5#& merupakan kata kerja antara gembira dan sedih, aku akan ber-^s%@5#&.

Best jugak kalau balik rumah lunch tidur masa rehat tengah hari nih!
  10 comments      Posted at 1:09 PM Monday, August 23, 2010
   Tea House
Do you know as a Gmail user, you are able to spice your inbox up with themes?

To customize, go to the Themes tab under Settings and click one. As for which theme to choose, you decide.



One of the themes I'm currently using is Tea House. Besides using simple color and cute fox character, the background image automatically changes in 12 different time. It's beautiful!



Try it ;p.
  3 comments      Posted at 1:18 PM Thursday, August 19, 2010
   Imaginasi
Petang, hujan lebat.

Malam, jalan basah dan terdapat beberapa takungan air.

Ku pulang dari solat terawikh, berjalan kaki. Di tepi jalan, lawan arah laluan kenderaan.

Kelihatan dari jauh kereta idaman ku menuju mendekatiku. Ku kata pada diriku, inilah kereta idaman ku! Sambil berikrar akan memilikinya suatu hari nanti.

Tiba-tiba...

SSPLAAAASSSHHH!!

...bunyi lopak berhampiran ku yang dilanggar kereta idaman.

Kereta idaman ku baru sahaja memberi kecelakaan kepadaku. Jadi jangan salahkan ku kalau ku tak beli kereta idaman ku!
  7 comments      Posted at 11:29 PM Monday, August 16, 2010
   Hari Itu
Hari itu aku dan Latipah bercuti, di satu tempat di Indonesia, tak pasti nama kawasan itu. Kami menetap di sebuah hotel yang tak dapat nak dipastikan namanya. Yang aku tahu hotel itu cantik dan ramai pengunjung dari pelbagai negara yang menetap sama.

Bermacam ragam manusia yang dapat dilihat, termasuklah sekumpulan geng kulit hitam (negro) yang berdiri di kawasan luar hotel dan kelihatan mencurigakan. Tapi aku dan Latipah tidak berminat untuk tahu tentang mereka, kami nak bercuti, bukan nak cari pasal.

Awal pagi, semasa kami sedang menuju keluar dari hotel untuk ke lokasi yang telah dirancang, kelihatan dari pintu masuk hotel tersebut, beberapa geng kulit hitam berbadan tegap itu sedang mengejar pengunjung-pengunjung lain. Tak pasti sebab apa. Gaya mereka seperti penjenayah. Hati ku dah mula rasa lain.

Kedengaran bunyi tembakan dan kelihatan seorang pengunjung mat saleh rebah ke bumi.

Lebih kurang 6-7 geng kulit hitam itu perasan yang aku sedang menyaksikan pembunuhan berdarah itu. Mereka mendekati ku. Aku cemas. Lagi cemas bila sedar Latipah dah tiada di sisi ku. Aku lantas lari ke sebuah bilik di dalam hotel yang sama. Beberapa pengunjung lain turut lari menuju ke arah bilik yang sama.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, dalam bilik tersebut, aku dan pengunjung lain terkejut apabila mendapati terdapat 2 ekor anjing berbulu tebal yang sangat ganas lagi liar. Lebih kurang macam anjing dalam game Red Alert.

Anjing-anjing tersebut mengejar dan seekor daripadanya berjaya menerkam aku, lalu ku tersungkur. Namun berjaya bangun semula dan berjaya keluar dari bilik tersebut. Geng kulit hitam masih menunggu di luar. Aku lari 1000 langkah selaju mungkin dan tidak lihat ke belakang. Akhirnya berjaya melepaskan diri dari mereka. Jantung berdegup kencang.

Hari pulang, aku dan Latipah dalam perjalanan ke lapangan kapal terbang, dipandu oleh supir, terpaksa mengharungi kesesakan jalanraya. Hari kerja mungkin. Tiba-tiba seorang pemandu wanita yang cuai melanggar sisi sebuah lori di belah kanannya.

Pemandu wanita itu memberi isyarat kepada 3 warga Bangladesh di atas lori yang dilanggar itu untuk berhenti selepas membuat pusingan U. Kelihatan wanita itu memegang sebotol arak di tangan kanannya. Tanpa disangka, wanita tersebut tiba-tiba memecut dan berjaya melarikan diri.

Seorang daripada 3 warga Bangladesh di atas lori bising-bising (mungkin juga maki hamun) kepada wanita tersebut. Tiba-tiba seorang daripada mereka yang bertatu di leher memandang kami. Dia terlihat Latipah yang tersenyum sambil berkerut dahi seolah-olah tidak percaya yang wanita itu akan lari. Aku dah tak sedap hati. Nampak seperti Bangla itu salah faham. Supir pula memandu mendekati lori itu. Lagi lah chuak.

Tiba-tiba aku terjaga dari tidur. Latipah sedang nyenyak tidur di sebelah ku. Syukur tiada apa-apa.

Soalannya, kalau betul mimpi itu mainan syaitan, mengapa ia berlaku di bulan Ramadhan?
  9 comments      Posted at 7:56 AM Friday, August 13, 2010
   Salam Ramadhan
Dengan ini ku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua, selamat berpuasa, melakukan ibadah, dan banyak bersedakah.

Jangan lupa juga zakat fitrah nanti.

Jangan pula solat sunat terawikh tetapi tinggal solat wajib, sia-sialah puasa kita. Nanti apa yang dapat hanya lapar dan dahaga.

Tapi ini tidak bermaksud solat wajib hanya dilakukan pada bulan Ramadhan, jangan salah faham pula. Nama pun solat wajib, maka ia wajib lah dilakukan. Itukan arahan Allah, untuk kebaikan kita juga sebagai hambaNYA. :)

Download asas ibadah puasa

Selamat berpuasa semua!
  7 comments      Posted at 6:33 PM Tuesday, August 10, 2010
   Floro + Hamnvik
Our very first furniture just arrived today 05.08.10, the date that marks 3 years Latipah and I being together. It's 8 hours early to the moment I asked Latipah to be my...to be mine.



Links of :
1 year old
2 years old

p/s: Baru nak pasang bed frame, pinggang dah sakit! ;p.
  4 comments      Posted at 5:12 PM Thursday, August 5, 2010
   Pergi
Hari ini,

Ku ada Allah,
ku ada agama,
ku ada mak dan abah,
ku ada keluarga,
ku ada anak buah,
ku ada isteri.

Ku ada rumah,
ku ada kereta,
Ku ada kerja,
Ku ada syarikat sendiri,
Ku ada posisi, ku dah ada posesi,
Ku ada ramai kawan, ramai kenalan.

Semua ini, ku rasakan sangat indah.

Semakin banyak yang ku miliki, semakin banyak yang ku kecapi, semakin kuat kurasakan yang semua ini akan pergi...satu hari nanti (kecuali Yang Maha Esa). Kalau tak sekaligus, satu-satu akan pergi. Sedikit-sedikit.

Itu pasti terjadi nanti.

Pernah kau rasa yang sama?
  9 comments      Posted at 8:33 PM Monday, August 2, 2010

Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals