Koleksi Teka Teki
Ini, koleksi teka teki yang ku kumpul sejak beberapa bulan lepas..

TT 1: Dalam banyak-banyak cicak, cicak apa berwarna merah?

Credits: Aiman Harith, anak buah

TT 2: Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang kedekut?

TT 3: Apa dalam nenas? Apa pula di bawah batu?

TT 4: Apa yang naik tak turun-turun?

Credits: Syamil, anak buah

TT 5: Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa paling berani?

TT 6: Apa persamaan Michael Jackson dan Michael Jordan?

TT 7: Dalam banyak-banyak diskaun, diskaun apa yang orang tak nak?

TT 8: Apakah yang datang tetapi tak pernah tiba?

TT 9: Apa yang pergi depan, balik belakang?

TT 10: Seekor monyet sedang memanjat sebatang pokok kelapa, apa yang ia lakukan sebelum turun?

TT 11: Kajian menunjukkan menghidu bau burger boleh mengurangkan berat badan, kenapa?

Credits: Muzik FM, 95.3

Cubalah jawab dulu sebelum tengok jawapan, tengok berapa yang betul! ;p

Jawapan (Ctrl+A):
TT 1: Cicakman
TT 2: Kuda - bunyik kaki dia "ke-de-kut..ke-de-kut..ke-de-kut.."
TT 3: Spongebob dalam nenas (rumah dia), Patrick bawah batu
TT 4: Umur
TT 5: Pokok pisang, kerana paling berani mengeluarkan jantung
TT 6: Kedua-duanya tak kenal awak
TT 7: Diskaun pahala (atau gaji ;p)
TT 8: Hari esok
TT 9: Keretapi
TT 10: Panjat
TT 11: Kerana hanya menghidu, dan tidak makan
0 comments:

Post a Comment
Get back to home


Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals