Bali
Entry sentimentol nih ku rakamkan dalam blog nih untuk ditatap di kala rindu nanti wahaahahaha..


Lokasi: Bali
Tarikh: 29 Jun - 2 Julai 2010
Hotel: The Vira Bali


@ The Vira Bali

Bali, one of the finest destinations for a honeymoon. Selepas shortlist, kami pilih untuk ke Bali kerana kecantikan pulau yang memiliki pelbagai tarikan seperti pantai pasir putih, sukan air, kraftangan dan seni, temple2, gunung berapi, seaside restaurant dan SPA!!

Did you know?
- Sejarah - Penyebaran Islam di Indon oleh wali songo di kawasan pantai. Orang jawa timur yang tak nak masuk Islam, berhijrah ke Bali. Ada juga yang Islam Kejawen - masih percaya ghaib, sembah kepala lembu dan solat - org jogjakarta
- 5 agama - penduduk berhak pilih
- Bali - 84% hindu
- Hyang - org keramat / nenek moyang. Asal sembahyang = sembah Hyang!

Hiasan bunga ini dipercayai dipersembah kepada dewa dan terdapat di hampir semua kedai

DAY 1

1. Pekena spa

2. Had seafood candle-light dinner at Jimbaran - Recommended!


Did you know?
- Aisyah (penyanyi) pernah ke Bali, buat Spa, menggunakan supir yang sama
- Pantai Tanah Lot - pantai di bahagian utara berpasir hitam
- Di
Batu Bulan - banyak berhala yang dibuat daripada batu gunung berapi


DAY 2

1. Lawatan ke kilang batik


Mesin penenun

Terengganu punya batik lagi best! ;p.

2. Lunch @ Gunung berapi Kintamani

Nice view, nice food - Recommended!

Did you know?
- Gunung berapi terbesar di Bali - gunung berapi Agung kali terakhir meletup 1963
- Kintamani 1.7 km tinggi dari paras laut
- Bangli ialah kopi
- Baju tradisi - perempuan pakai kebaya perut diikat

3. Lawatan ke ladang kopi + kopi luwak

Luwak = musang

Pelbagai jenis kopi, kaw punya! Kopi luwak tuh satu cawan lebih kurang RM11!

Perbezaan kopi luwak dan kopi biasa, kopi luwak diselaputi kulit selepas di'proses' oleh luwak ;p.


"Habislah kopi aku" bisik makcik tuh

4. Kecak dance - tarian/lakonan memuja dewa yang dianggotai berpuluh-puluh penari lelaki dan lebih kurang 10 pelakon utama.




DAY 3

1. Lawatan ke kilang silver - mahal gile dowh!

2. Parasailing dan flying fish



Boleh nampak satu Bali beb!

Flying fish

3. Bermandi manda di pantai Nusa 2

Best weh pantai nih - Recommended!

4. Lawatan ke temple Uluwatu



Monyet liar si pencuri selipar

Did you know?
- Monyet di Uluwatu sangat liar - suka curi barang, monyet di Ubud pula baik
- Odalan ialah dewa wishnu (perayaan)
- Ubud - rumah satu2, seorang satu. Masih ada lagi org yg mandi parit dan basuh baju di situ

Nampak tak nama restoran tuh??

DAY 4

1. Kuta Beach - Pantai yang tak sesuai mandi, tetapi untuk surfing.


2. Monumen pengeboman tahun 2002 - monumen nih senaraikan semua nama mangsa.


3. Shopping
Kau ingat kat KL je ada Sogo? ;p.



Did you know?
- Jimbaran dan Sanur ialah pantai berpasir putih
- Orang Bali, perempuan kerja berat, berbanding lelaki, PEMALAS
- Jeker maksudnya kaki ayam
- Bali dibom pada tahun 2002
- Maksud Bali - Malas, kemBALI
- Bali aman kerana penduduk percaya kepada hukum karma, dan banyak tourist
- Aku amek mase berhari-hari nak siapkan post nih!
4 comments:

Anonymous Hemy D. KindEmperor wrote
BOLE gak ni nak gi..tapi ntah bile la kan..tggu tiket murah air asia la

Blogger Aima Othman wrote
menarik..ko guna agen ke pi sana??

Blogger debikdebuk wrote
Ko nis etia tul ngan musang ek?? kah kah kah,,,.

Blogger Masy wrote
me3n.. meh kakak betulkan fakta sket.. Luwak tu bkn 'musang', tapi 'najis'. dinamakan kopi luwak sbb.. tau la kan. hehe

itu dlm pengetahuan akak la.. klu salah, jgn marah. pi gugel. hehe

Post a Comment
Get back to home


Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals