Berita Terkini
Bermula semalam, ku dan Latipah mula menduduki rumah baru. Terima kasih kepada mak dan abah, mak dan bapak, Azhar, Ado sekeluarga dan Syafiq dan Syamil yang turut serta membantu mengemas serta sama-sama berbuka.

Lepas ni ku akan menjadi regular customer kepada Mydin kerana faktor lokasinya yang tak sampai 1 km dari rumah. Kedai runcit ada, tapi harga mee Maggi dia RM4.50 berbanding di Mydin, RM3.70. Dah lah beli tong gas kena angkat sendiri!

Hari ini mendapat sebanyak 3 jemputan majlis berbuka puasa. Soalan pertama yang aku tanya untuk setiap jemputan ialah, "Boleh bawak spouse?"

Hari ini ku pakai blazer, sekurang-kurangnya 2 rakan sekerja panggil ku "CEO!", ku aminkan dalam hati. Diorang tak tahu aku beli blazer tuh pada harga RM19 masa Padini warehouse sale dulu.

David Blaine angkat kereta ku tempoh hari!

Salah seorang bos besar akan bertukar jabatan minggu depan, ku masih keliru samada nak bergembira atau bersedih. Jika ^s%@5#& merupakan kata kerja antara gembira dan sedih, aku akan ber-^s%@5#&.

Best jugak kalau balik rumah lunch tidur masa rehat tengah hari nih!
10 comments:

Blogger zonaku wrote
tahniah! buat la open house nnti yer....

Blogger adie wrote
wah! raya ni bleh aa buat open house cum house warming.hehe

Blogger spide wrote
ConGraTs!!!!!
Best woo duduk rumah sendiri..
Lagi senang nak kenal hati budi masing2...eceh. ;)
~~ Pergh..CEO tu...aku tak sabar nak tgk ko jadik "BAPA"...erk, tetiber...hahahahha...

Blogger Super Nia Hana wrote
dekat ke ofc dgn rumah ko?

Anonymous sHafiq Q wrote
"David Blaine angkat kereta ku tempoh hari! "

maksud??

Blogger Aima Othman wrote
aku tunggu open house hang. kat mana?

Anonymous semut api wrote
belom ada berita sensasi ke bro?

Blogger Intan and The Boys wrote
bestnya dapat berdua-duaan. hehe.

Blogger pye:rudz wrote
hah, bila mau kasi panas rumah? (house-warming).

Blogger The Zulus wrote
bestkan kahwin... ayat tu akan ku tanyakan setiap kali! hahahaha

Post a Comment
Get back to home


Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals