Kuasa Sedekah
Dalam sebuah hadith dari Anas bin Malik:

Nabi Muhammad telah bersabda "Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya, ternyata bumi terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung itu.

Mereka bertanya kepada Allah 'Wahai Allah, adakah sesuatu yang lebih kuat daripada gunung?'

Allah menjawab, 'Ada, iaitu besi'.

Para malaikat bertanya lagi, 'Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada besi?'

Allah menjawab, 'Ada, iaitu air'.

Para malaikat terus bertanya, 'Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada air?'

Allah pun menjawab, 'Ada, iaitu angin'.

Akhirnya para malaikat bertanya, 'Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada semua itu?'

Allah yang maha perkasa menjawab, 'Ada, iaitu amalan anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.'"

Sekadar perkongsian di hari cuti ;)
3 comments:

Blogger adie wrote
perkongsian yg menarik.thanks.

Anonymous sHafiq Q wrote
akhirnya...ak jmpe smula blog ni..ahahaha..kalo taip sebelah kanan utk share kredit, tangan kiri sorok, kira sedekah gak ke bro?sekadar bertanye..ehehehe

Blogger Super Nia Hana wrote
kalo sbb entry ni wat org nak sedekah...
berganda2 lg pahala ko adeck

Post a Comment
Get back to home


Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals