2 atau 3 hari yang lepas aku rasa ada seperti serangga kecil hinggap laju pada biji mata dan seterusnya masuk bahagian lopak bawah. Kepedihannya amat, sehingga separa biji mata kiriku itu menjadi merah. Namun ku biarkan seketika, sehingga rasa itu hilang.
Namun, rasa itu hilang tidak lama. Selepas beberapa jam ia kembali. Sama seperti yang mula, rasa pedih itu tidak lama. Aku teruskan caraku, malas nak layan, malas nak tengok.
Selepas lama rasa itu hilang, petang tadi masa aku nak keluar pejabat tepat waktu habis kerja, rasa itu tiba-tiba menyerang semula.
Sakit. Rasa nak korek biji mata. Aku tarik perlahan lopak bawah mata kiriku dan lihat pada cermin yang tergantung di bahagian ruang tamu pejabat, cuba menjawab persoalan apakah sebenarnya binatang itu.
Aku terkejut beruk (bukan 'aku beruk'!) bila menyedari ia bukan serangga kecil, tetapi beberapa helai bulu mata yang melekat pada lendir putih yang sifatnya seperti kahak. (taik mata mungkin?)
Nak keluarkan dari mata bukan main susah, aku pakai jari telunjuk terus, jolok pada biji mata namun gagal mengelurkan bulu mata tersebut kerana daya lekatan bulu-bulu itu dgn biji mata sangat kuat.
Akhirnya, menggunakan tisu yang dilipat empat dan mengerutkan dahi menyepetkan mata, aku berjaya mengeluarkan bulu-bulu mata tersebut sekali gus.
This popular social networking site seems to have caused some couples out there to argue over profile status. While some see it as a small matter, others might take it very seriously which could lead to a tragedy.
Adik ku ada tulis pasal ketagihan dia pada Manga Bleach hari tuh. Ku berkata dalam hati ape lah yang best sangat baca komik tuh? Jadi baru-baru neh ku layari lah onemanga.com untuk memantau komik apa lagi yang ada kat dalam tuh.
Dan aku jumpa komik ini:
Conan punya animated series memang aku ikuti sejak beberapa tahun dulu. Tapi banyak siri yang miss dan sejarah pasal Conan pong ku tak tau.
Disebabkan perasaan ingin tahu, ku perlu menghabiskan 678 (semasa entri ini ditulis) episod tentang bagaimana Conan, dari besar jadi kecik, pastuh jadi besar balik, pastuh kecik balik. Err skang baru 10 episod baca.
Tak, ku tak ketagih, ku cuma nak tau jalan cerita je.
Dulu aku pernah eksiden langgar kereta lecturer subjek management (ke finance tah - anak dia chun jugak). Aku percaya masa tuh aku yang baru beberapa hari dapat P masih belum mahir 2 perkara iaitu seimbangkan clutch dan kawalan steering.
Hari ini aku yakin P yang dulu maksudnya Percubaan, sekarang Poyo Professional.
Fokus kat meter km/h, bukan kat meter minyak!!
Kepada pembaca, jangan tiru aksi ini di rumah, cuba kat jalanraya tak pa.
Kita memang sudah sedia maklum dengan apa yang telah dilakukan Rejim Israel terhadap penduduk negara Islam Palestin. Pelbagai ujian dan dugaan berdarah telah mereka lalui.
Kita yang melihat dari jauh ada yang berasa sedih, dan masih ramai yang masih tersenyum ketawa. Saya yakin sebahagian besar rakyat Malaysia (khususnya) menaruh perasaan benci kepada Israel dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melawan atau protes.
Apa yang kita mampu lakukan selain berdoa dan menderma bantuan untuk rakyat Palestin ialah boikot, seperti ramai yang telah sedia maklum. Kalau kita sama-sama boikot barangan Israel, sedikit sebanyak dapat melumpuhkan ekonomi mereka, walaupun terlalu kecil nilainya. Sekurang-kurangnya itulah usaha kita bila ditanya di akhirat kelak.
Bagi yang masih tak tahu produk apa yang perlu kita boikot, lihat di sini. Kita masih boleh hidup senang tanpa produk-produknya.
Sekadar ingin berkongsi cerita, tempoh hari di Putrajaya, selepas selesai mesyuarat, kata seorang dari panel, mengikut pemerhatiannya sebuah restoran segera (yang terdapat dalam senarai boikot) di Alamanda, Putrajaya telah kurang dikunjungi sejak kempen boikot dijalankan. Alhamdulillah kata hatiku.
The other day Fieda asked me how to create animated gif. So here goes again a new tutorial on how to Create Simple Animated Gif in Less Than 1 Minute.
1 Open Adobe Photoshop, create new file with the following settings: Width: 100 px Height: 100 px Color Mode: RGB Color 8 Bit Background Contents: Transparent
2 Type word 'a' in red.
3 On menu, Click Window>>Layers to view Layer pallete. Right click on the layer, select "Duplicate Layer..."
4 Click the eyeball icon to hide bottom layer (the first layer you created previously).
5 Change text color on other layer to blue.
Now you have two layers of word 'a' with different color. To make animated gif we need to use ImageReady.
6 Click on "Edit in ImageReady" button on toolbox.
7 In ImageReady, klik Window>>Animation to view Animation pallete. Create new frame (second frame) and select the other layer on the second frame.
8 Click File>>Save Optimized As... and name your gif file.
TADAAAA!
For another example, see the new image added in my CBOX Smilies list.
Hari neh saya nak ajar camna cara nak create sendiri smilies dan paparkan dalam chat box anda. Penatlah nak jawab soalan yang sama je ditanya banyak kali (Padahal bukan ada orang tanya pong).
Tak kiralah anda pakai cbox ke, shoutmix ke, oggix ke, or blablabla, saya sure mesti ada option untuk customize smilies dlm tuh. Jom kita mula:
1. Create ikon smilies anda, pakai Adobe Photoshop atau Paint. Gunakan kekretivitian masing2 untuk nampak unik dan menarik.
2. Hostkan image yang anda create. Tak tau mana nak host? Banyak yang free, check kat sini. Selepas upload, copy URL ikon anda. Contoh: http://www.abc.com/images/ikon.gif
3. Login masuk ke website chat box anda, masuk ke option smilies. Di sini, cbox.ws dijadikan sebagai contoh.
4. Dalam section Smilies, paste URL ikon anda dan klik Save.
5. Buka blog anda, dan lihat pada smilies chat box anda. Ikon yang anda upload akan muncul dalam senarai smilies.
6. Anda boleh mula menggunakannya! Sebagai contoh, lihat di smilies yang saya buat sendiri di chatbox saya. Semoga berjaya!
The other day I signed out from Yahoo Mail and was redirected to Yahoo.com. What caught my attention was a link in featured article section, named Seven Things No One Tells You About Marriage. I clicked and found out they are:
1 You will look at the person lying next to you and wonder, Is this it? Forever?
2 You'll work harder than you ever imagined.
3 You will sometimes go to bed mad (and maybe even wake up madder).
4 Getting your way is usually not as important as finding a way to work together.
5 A great marriage doesn't mean no conflict; it simply means a couple keeps trying to get it right.
6 You'll realize that you can only change yourself.
7 As you face your fears and insecurities, you will find out what you're really made of.
Ku yang da tak sabar nak kawen neh takda pengalaman dlm alam perkahwinan neh, nak tanya blogger2 yang da kawen [penyubiru, jard, debik, opaq, titicaca, ween, ada ayrissaz, aim-a, nazasfrog, masy, pyerudz, puterikurekure, risanur, wear, su, izatul farita etc] , sejauh mana kebenaran 7 benda neh dan kalau betol kenapa 'No one tells'? Sila huraikan.
Seorang pemuda telah tertinggal sekeping wang kertas di atas sebuah meja dan di atas meja itu ada sebuah buku yang mempunyai 500 muka surat. Sekembalinya dia ke tempat tersebut, ada 2 orang bangla di situ. Pemuda itu pong bertanya "Ada terjumpa wang kertas di sini?"
Bangla 1: Saya letak di bawah buku itu.
Bangla 2: Saya letak dalam buku antara muka surat 233 dan 234.
Salah seorang daripada mereka menipu. Siapa yang menipu? dan kenapa?
Hari neh ku nak cerita sket kenapa ku dipanggil ad3ck (adeck/adik/adek/what-the-dang-ever) pasal ramai sangat yang tanya kenapa ku dipanggil sedemikian. Penat lah ku nak cerita banyak kali, so lepas neh kalau orang tanya ku akan cakap baca je entri neh.
Sebenarnya dah lama nak cerita tapi paham-paham je lah sejak ku kerja kat tempat baru neh sibuk bukan main. Abes satu assignment, dapat assignment lain. Biasalah nama pong kerja. Kalau nak relek je bukan kerjalah namanya. Tempat kerja baru neh membuatkan ku extra busy kalau nak dibandingkan dengan syarikat-syarikat yang pernah ku sertai sepanjang karier ku.
Kenapa orang panggil ku ad3ck kan? Masa tuh kat sekolah menengah. Hehe cakap pasal sekolah menengah neh teringat ku pada zaman belajar dulu. Korang perasan tak, zaman belajar dulu kita sebenarnya rasa lebih bebas nak buat apa yang kita suka, tapi masuk zaman kerja, rasa itu dah kurang, kita perlu lebih fokus untuk kerja dan menyara diri dan keluarga.
Ehehe panjang plak cerita, lupa nak cerita kenapa ku dipanggil ad3ck. Huhu entahlah akhir-akhir neh esek lupa je ku. Mungkin sebab banyak sangat bende dalam kepala neh? Atau mungkin juga sebab banyak kerja. Erm, mungkin ku perlukan cuti beberapa hari untuk tenangkan fikiran. Last ku bercuti pong, bile ek? Berbulan-bulan yang lalu.
Owh ya, pasal ad3ck, emmm..mana nak mula ek?Emmm..camneh..alamak bos dah sampai ar. Sure ada assigntment baru neh. Ok ar. Gerak dulu. Jumpa lagi.
Selamat Tahun Baru 2009. Semoga mendapat lebih keberkatan pada tahun yang mendatang.
Aku baru bangun dari tidur yang panjang. Tidur yang dalamnya penuh dengan mimpi indah dan juga mimpi ngeri, sehingga membawa igauan, tak lupa juga air liur basi.
Tak, aku tak bosan berblog, cuma 3 keadaan seperti berikut memaksa ku berhenti seketika: 1. Projek 15888 yang tak sudah-sudah tuh. 2. Projek personal ku yang juga dikenali sebagai M10 (Misi 10 Tahun, bukan Miss World 2010) 3. Lebih fokus pada blog Premier Goals yang trafik nya pada bulan 12 sahaja melebihi jumlah trafik blog ini sejak ku start berblog.
Terkejut berok jugak bile tengok pagerank blog neh da jadi 2. Apa pong, disebabkan cinta ku pada blog neh dan pada ehem, korang, ku akan teruskan berblog, lagi2 bila dapat hadiah blogger Jard yang bagiku merupakan motivasi untuk terus berblog, mungkin 2009 menjanjikan lebih hadiah dari rakan2? ;p.