Boycott
Kita memang sudah sedia maklum dengan apa yang telah dilakukan Rejim Israel terhadap penduduk negara Islam Palestin. Pelbagai ujian dan dugaan berdarah telah mereka lalui.

Kita yang melihat dari jauh ada yang berasa sedih, dan masih ramai yang masih tersenyum ketawa. Saya yakin sebahagian besar rakyat Malaysia (khususnya) menaruh perasaan benci kepada Israel dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melawan atau protes.



Apa yang kita mampu lakukan selain berdoa dan menderma bantuan untuk rakyat Palestin ialah boikot, seperti ramai yang telah sedia maklum. Kalau kita sama-sama boikot barangan Israel, sedikit sebanyak dapat melumpuhkan ekonomi mereka, walaupun terlalu kecil nilainya. Sekurang-kurangnya itulah usaha kita bila ditanya di akhirat kelak.

Bagi yang masih tak tahu produk apa yang perlu kita boikot, lihat di sini. Kita masih boleh hidup senang tanpa produk-produknya.

Sekadar ingin berkongsi cerita, tempoh hari di Putrajaya, selepas selesai mesyuarat, kata seorang dari panel, mengikut pemerhatiannya sebuah restoran segera (yang terdapat dalam senarai boikot) di Alamanda, Putrajaya telah kurang dikunjungi sejak kempen boikot dijalankan. Alhamdulillah kata hatiku.

Cuma, jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah.

Rujukan:
1. Blog Chedet
2. In Minds
0 comments:

Post a Comment
Get back to home


Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals