ad3ck
Hari neh ku nak cerita sket kenapa ku dipanggil ad3ck (adeck/adik/adek/what-the-dang-ever) pasal ramai sangat yang tanya kenapa ku dipanggil sedemikian. Penat lah ku nak cerita banyak kali, so lepas neh kalau orang tanya ku akan cakap baca je entri neh.

Sebenarnya dah lama nak cerita tapi paham-paham je lah sejak ku kerja kat tempat baru neh sibuk bukan main. Abes satu assignment, dapat assignment lain. Biasalah nama pong kerja. Kalau nak relek je bukan kerjalah namanya. Tempat kerja baru neh membuatkan ku extra busy kalau nak dibandingkan dengan syarikat-syarikat yang pernah ku sertai sepanjang karier ku.

Kenapa orang panggil ku ad3ck kan? Masa tuh kat sekolah menengah. Hehe cakap pasal sekolah menengah neh teringat ku pada zaman belajar dulu. Korang perasan tak, zaman belajar dulu kita sebenarnya rasa lebih bebas nak buat apa yang kita suka, tapi masuk zaman kerja, rasa itu dah kurang, kita perlu lebih fokus untuk kerja dan menyara diri dan keluarga.

Ehehe panjang plak cerita, lupa nak cerita kenapa ku dipanggil ad3ck. Huhu entahlah akhir-akhir neh esek lupa je ku. Mungkin sebab banyak sangat bende dalam kepala neh? Atau mungkin juga sebab banyak kerja. Erm, mungkin ku perlukan cuti beberapa hari untuk tenangkan fikiran. Last ku bercuti pong, bile ek? Berbulan-bulan yang lalu.

Owh ya, pasal ad3ck, emmm..mana nak mula ek?Emmm..camneh..alamak bos dah sampai ar. Sure ada assigntment baru neh. Ok ar. Gerak dulu. Jumpa lagi.
0 comments:

Post a Comment
Get back to home


Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals