2 atau 3 hari yang lepas aku rasa ada seperti serangga kecil hinggap laju pada biji mata dan seterusnya masuk bahagian lopak bawah. Kepedihannya amat, sehingga separa biji mata kiriku itu menjadi merah. Namun ku biarkan seketika, sehingga rasa itu hilang.
Namun, rasa itu hilang tidak lama. Selepas beberapa jam ia kembali. Sama seperti yang mula, rasa pedih itu tidak lama. Aku teruskan caraku, malas nak layan, malas nak tengok.
Selepas lama rasa itu hilang, petang tadi masa aku nak keluar pejabat tepat waktu habis kerja, rasa itu tiba-tiba menyerang semula.
Sakit. Rasa nak korek biji mata. Aku tarik perlahan lopak bawah mata kiriku dan lihat pada cermin yang tergantung di bahagian ruang tamu pejabat, cuba menjawab persoalan apakah sebenarnya binatang itu.
Aku terkejut beruk (bukan 'aku beruk'!) bila menyedari ia bukan serangga kecil, tetapi beberapa helai bulu mata yang melekat pada lendir putih yang sifatnya seperti kahak. (taik mata mungkin?)
Nak keluarkan dari mata bukan main susah, aku pakai jari telunjuk terus, jolok pada biji mata namun gagal mengelurkan bulu mata tersebut kerana daya lekatan bulu-bulu itu dgn biji mata sangat kuat.
Akhirnya, menggunakan tisu yang dilipat empat dan mengerutkan dahi menyepetkan mata, aku berjaya mengeluarkan bulu-bulu mata tersebut sekali gus.
3 helai bulu mata.
Cakap, siapa rindu kat aku?
|