Soalan Tentang Kahwin


Memang banyak betul jemputan kahwin lebih-lebih lagi masa cuti sekolah ni. Bak kata Debik, "dah sampai musim..." lu pikir la sendiri. Semakin hampir ku dengan hari yang dinanti-nanti nih, beberapa soalan ku nak ajukan kepada sesiapa yang tau:

1. Adakah bunga sirih merupakan salah satu hantaran yang dimestikan?

2. Betul ke mengikut adat, pengantin tidak boleh duduk bersama walaupun telah bernikah, sehingga selesai majlis sanding belah perempuan?

3. Adakah inai yang berbentuk bunga-bunga dibolehkan?

4. Jumlah hantaran mesti nombor ganjil ke? Dan adakah jumlah hantaran lelaki mesti melebihi jumlah hantaran perempuan?

;p.
13 comments:

Blogger Masy wrote
1. bunga sirih kaa sirih junjung ni ad3ck? ko ni mandai2 je hahahah. ikot adat mcm tu la. ok per. satu dulang dah selamat ubuh sirih, save bajet ;))

2. tatau

3. ade yg kata haram (tp akak mcm nk buat je nanti. tu dia huhuh)

4. ganjil n pompuan bg hantaran lebih drpd lelaki

takkan tatau kot... ngade ah :)

Blogger achik wrote
kad dah sampai khamis lepas.. lupa nak bgtau.. :)

Anonymous en_me wrote
bestnyerr kawenn .. ehehe

Blogger adie wrote
daripada ko pikir persoalan tu baik ko hafal doa malam pertama lagi bagus.hehe..


1. Adakah bunga sirih merupakan salah satu hantaran yang dimestikan?
adat.

2. Betul ke mengikut adat, pengantin tidak boleh duduk bersama walaupun telah bernikah, sehingga selesai majlis sanding belah perempuan?
kalu dah duduk bersama org kata hilang seri. tapi aku tau, ko tak kisah pun hilang seri ke ape,janji dah nikah kan.hehe


3. Adakah inai yang berbentuk bunga-bunga dibolehkan?
ada org kata tak bleh sebab menyamai tatu.senang citer takyah buat.

4. Jumlah hantaran mesti nombor ganjil ke? Dan adakah jumlah hantaran lelaki mesti melebihi jumlah hantaran perempuan?
ganjil ke genap ke, seme tu dpt kat ko dan isteri.ape de hal. hee..

Blogger HEMY wrote
tu sume bukan rukun..kalau sume stuju buat je ikut kata sepakat

kad ko dh sampai

Blogger hanisakura wrote
salam.. lame x komen.

1.lebih kurg la. kalo xder rase x lengkap.
2. pendapat aku la, adat org2 tue ni bersbb. bkn x boleh, dah nikah kan. cume nmpk x manis la. sbb majlis x setel lg.
3.inai bunge2? aku dulu saje2 test buat. tp mendpt tentangan ramai pihak n x sedap ati. pastu aku pk2 balik. sesuatu yg menyerupai yg haram, hukumnye juge haram. so, pk2 kanlah eh.
4. hantaran biasenyer ganjil. tp kalo sedare mare tmbh last minit tu kire halal la. mcm kes kakak aku kawin hr tu. laki lg byk, bil genap lak tuh. hahah

Blogger nur'ain wrote
1. sireh junjung tu adat turun temurun. betul kate hani, kalo tkde rase tk lengkap hantaran tu. kat sesetgh kwsn, sireh tk dikira dlm bilangan hantaran.

2. hmm. hr tu ada ty soalan ni kt mak. mak jawab, "sabor le sikitt" hahhah.

3. inai yg berukir ala tatu tk boleh.. yg ada awan larat ke, gmbr ke.. corak tu dh mcm tatu. haram. Ni bukan sy kata, Dato' Abu Hasan Din yg kata.

4. bilangan hntrn tu, klu sama pn tkpe. Hadiah, klu org nk bg, kite amik je la. hehe.

Blogger anw4r wrote
1.dimestikan oleh adat.sedikit membazir.tapi mak buat cantik apa..hehe..

2.tanggungjawab sebagai suami bermula selepas sahnya akad nikah.adat macam ni sedikit kurang sesuai atau kata orang putih 'irrelevant', atau kata aku 'tak masuk akal'.

3.ini yang aku baru jumpa.
Fatwa haramnya lelaki berinai di jari-jari tangan dan kaki juga dikeluarkan oleh Madzhab Syafi'iy. Fatwa Imam Muhyiddin Syaraf anNawawi (al Majmu': 1/295-296)
"Memencari kuku jari-jari tangan dan kaki (berinai) amat disukai bagi wanita bersuami tapi diHARAMkan ke atas lelaki. Madzhab kami (Syafi'iy) menyukai rambut didye (warnakan) dgn warna kuning atau merah, HARAM pula mewarnakan rambut dgn warna Hitam." sekian anNawawi.
Allahu'alam.

4.kalau tanpa hantaran lagi baik gamaknya.cuma jangan ada pembaziran terlampau dan sifat nak menunjun-nunjuk sehingga kesannya melarat selepas kahwin.

Blogger me3n wrote
Terima kasih semua. Jawapan anda adalah dihargai :)

Blogger Sheeta dari Laputa wrote
1. Dulu sirih junjung untuk entertain geng2 org tua buat snack waktu lepak2. Majlis kenduri kan lama? Sekarang mana ada org makan sirih. Kalau ko nakganti dengan Fajita's Nachos ke, Buffalo wing ke, Calamari Ring ke. Cantik gak tu. At least ada org makan. Sirih junjung last2 reput je tade org makan.

2. Boleh je. Kakak aku nikah 2 bulan sebelum majlis resepsi laki & pompuan. Aku rasa selamat dah dia waktu majlis kenduri tu. Tapi kalo ko hari ni nikah esok kenduri.. hurm. pikir sendiri la.

3. Aku heran pesal org arab tudung labuh purdah pakai je inai lukis2 kat tangan? Henna tu siap jual depan perkarangan masjidil haram. Haram ke?

4. Tak salah pun nak ikut ganjil tu. tatau apa relavennya. Pompuan bagi lebih as appreciation to hubby maybe? ganti balik nilai RM60 duit mas kawen hubby bagi tu.

Eleh, Kawen pun pi makeup pondan sekarang ni. Itu mmg sah-sah subhah & sentuha ajnabi. Adat2 yang tak memberi apa2 kecelaruan hukum dah tak kisah dah kot?

Ehehe.. Bak kata org kawen seumur hidup sekali, halal je lah segalanya. Org la kata, aku sebut je sbb aku pon lum kawen. Ahahaha..

Blogger mamabio wrote
aku tanak jwb smua soklan bleh..?

kalau dah nikah kira dah start la tanggungjawab sebagai suami dan isteri. itu mengikut agama. klau ikut adat, wa tak tau. tp klau adat tu menyusahkan buat hapa nak ikut..?

"takkan lah kau tu pun 'rela' nak dok lain2 rumah walaupun dah nikah.." ;p

Blogger Apizolla wrote
sirih junjung : kalau adat org johor, mesti kena ada... kire cam pelengkap hantaran....

tepak sirih : adat johor laie, kena ada.. bagi membuktikan kite kawen ngan anak dara.. sebab kalo kawen ngan janda, xde tepak sirih itu....

pasal inai bunga2 tu... aku ada wat research siap tnya tok kadi AKA pakcik aku, dia cakap, kalo lukis corak2@ bunga2 diHARUSkan tp kalo lukis2 benda2 bernyawa cam patung2 ke teletabis ke, power renger ke... tu tabley...

Anonymous Anonymous wrote
itu sume adalah adat yang diaturkan oleh orang melayu yg ada diataranya mengambil budaya dari bangsa lain yang bukan islam.. antaranya bersanding, berinai, menepung tawar..dan bnyak lagi.klu dikaji semula itu semua membazir dan haram hukumnya. Islam hanya diikuti waktu akad nikah saja..yang lain..lu pikirla la sendiri..anyway kad ko aku dapat..thnks for the invitation..

Post a Comment
Get back to home


Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals