Futsal
Hari ni company menganjurkan game futsal buat julung kalinye sejak ku mula kerja kat sini yang bertempat di Sports Planet USJ.

Last main tahun 2002. So. Hampir 7 tahun tak main.


Freestyling gaya Ronaldo.


Hero2 team B.


With most of the players. Team B, my team won second place.

Aku score 5 goal kot. Power tak? ;p. Pe pong game hari neh bukan saja mengeratkan silaturrahim antara staf2 tetapi juga menyebabkan peha kaki ku rasa macam nak putus skarang!
  0 comments      Posted at 10:13 PM Saturday, February 28, 2009
   Email
Baru-baru neh sorang kawan aku jemput kahwin melalui email. Paperless. Tak kesah lah. Suka hati dia lah nak jemput macam mana. Kawan yang dijemputnya, ramai. Satu sekolah. ada berpuluh-puluh (kalau tak beratus-ratus) alamat email yang dihantarnya.

Beberapa dari email-email tersebut adalah email pejabat. Jadi adalah sorang penerima email neh bising-bising bila ada sorang yang Reply-to-All, yang takde kene mengene dengan dia.

Maka berlakulah pergaduhan melalui email dengan masing-masing tunjuk perangai yang tak ubah macam yang aku kenal lebih 10 tahun dulu. Semua nak tunjuk bagus. Aku malas nak masuk campur pasal perkara bodoh macam tuh.

Satu cara untuk elakkan mailbox yang bersaiz kecik (biasanya email pejabat) jadi penuh, kita buat Mail Forwarding.

1. Masuk web mail pejabat eg: webmail.nama-pejabat.com etc
2. Account Options>>Forwading
3. Masukkan email Yahoo! atau Gmail (saiz unlimited/beso) kita dan tekan Save.

Habis cerita.
  0 comments      Posted at 3:07 PM Thursday, February 26, 2009
   Rokok
Hari ini, 24hb Februari. Genap setahun aku pakai W580i. W580i neh bukan rokok, tapi sejenis telefon bimbit Sony Ericsson. Hari ini juga, lebih kurang setahun aku berhenti merokok secara menyeluruh. Bukan senang nak berhenti, aku ambil masa kira-kira 3 tahun secara berfasa.

Fasa 1
Purata 4-8 batang sehari, selama setahun. (Semasa perokok tegar, 10-20 batang sehari adalah normal)

Fasa 2
Purata satu kotak (20 batang) dalam 1-2 minggu, selama setahun.

Fasa 3
Setahun lagi, merokok bila tak tahan ditawar rakan sebaya atau bila keadaan memaksa sahaja.

Apa yang aku rasa merokok neh umpama:
Semasa merokok, aku seperti mengalami mimpi indah. Apabila berhenti, aku seperti baru bangun dari mimpi yang ngeri.

Dan apa yang penting si sini ialah keinginan. Renung-renungkan, dan selamat beramal!
  0 comments      Posted at 10:42 PM Tuesday, February 24, 2009
   TAC Scam
Beware!

Please be cautious with emails asking for bank TAC number. I received this email today:

-------------------------------------------------------------------------------------
From: "maybank2u" security@maybank2u
To: undisclosed-recipients

Dear maybank2u customer,

We are hereby notifying you that we've recently suffered a DDos-Attack on one of our's Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your maybank2u account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.

Here's how to get started:

1. Log in to maybank2u online account (click here).

2. You must request for TAC online via maybank2u - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM.
( you can find the "request a TAC" button in the right menu of your account "Utilities" )

3. Logout from your account and close the browser.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.

5. Please allow 48 hours for processing.

Please comply and thanks for understanding.
© 2009
maybank2u

Note: Please do not reply to this email.
This mailbox is not monitored and you will not receive a response

-------------------------------------------------------------------------------------

For more information on how to spot scam emails, click here.
  0 comments      Posted at 10:11 PM Monday, February 23, 2009
   Jawa Rangers VS AM Crew
Ku bersama Teep jogging kat Taman Tasik Titiwangsa pagi tadi dan berpeluang melihat sendiri muka sebenar DJ-DJ Hot FM yang selama neh dengar dalam radio je. Antara yang ku kenal FBI, Fafau, AG, dan juga Kieran, atau nama jawanya Maskiran. ;p.



Dorang buat telematch, melibatkan pertarungan antara Jawa Rangers dan AM Crew. Seronok jugak tapi tak koser ku nak berdiri lama2 sebab masa tuh panas kat situ mula menyengat, maklumlah HOT FM hehe.



Mestilah ku sokong Jawa Rangers, cenenge wey Jowo, orak koyo ngono?

(Translation by emak)
  0 comments      Posted at 4:24 PM Saturday, February 21, 2009
   Teka Gambar


a) Tongkang pecah
b) Tong sampah 'Mudah Lontar'
c) Meja kerja
d) Stor simpan sayur

Hantar jawapan anda ke contest@banyakcantikmukakau.com.
  0 comments      Posted at 8:23 PM Wednesday, February 18, 2009
   Rezeki
Saja nak kongsi sama.

Hari neh aku dengar cerita dari seorang sahabat baik. Katanya rezeki itu datang dari Allah.

Pada zaman Rasulullah ada seorang Yahudi yang padanya ada sebutir biji jagung, dia bertanya kepada Rasulullah "Ini rezeki siapa?" Kata Rasulullah yang bermaksud "Ia telah ditetapkan Allah rezeki seekor ayam yang berada di sebuah kota jauh dari sini"

Pemuda yahudi tersebut ketawa tidak percaya dan terus menelan biji jagung tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah butir jagung itu tersangkut pada tekaknya dan tidak boleh ditelan.

Pemuda itu cuba mengeluarkan sendiri tetapi gagal. Akhirnya dia jumpa seorang doktor di sebuah kota. Doktor itu berjaya membantu mengeluarkan butir jagung itu dari tekaknya dan muntahan itu terus dimakan oleh seekor ayam. Pemuda yahudi itu akhirnya memeluk agama Islam.
  0 comments      Posted at 10:52 PM Tuesday, February 17, 2009
   Bad Women Drivers
I was heading to home when this girl riding scooter suddenly came out of nowhere, clumsy, slightly hit my car and almost fell down. She sped away then even though it was her dang-ing fault. I was mad but I just let her go because that incident reminded me of the video my bro shared yesterday.

Here's the compilation of Bad Women Driver videos:



Have a nice weekend ;)
  0 comments      Posted at 4:03 PM Saturday, February 14, 2009
   Puisi Sampah


Keperluan harian, kini sudah ke tong sampah.



Komponen komputer lama, kini sudah ke tong sampah.

Papan kekunci zaman universiti, kini sudah ke tong sampah.

Tetikus wayar putus, kini sudah ke tong sampah.



Pita video Rambo, kini sudah ke tong sampah.

Kaset-kaset 90-an, kini sudah ke tong sampah.



Dokumen-dokumen dulu penting sekarang tidak, kini sudah ke tong sampah.

Penyata-penyata bank yang tercetak tak sampai 4 digit di atas, kini sudah ke tong sampah.



Disket-disket kerja, kini sudah ke tong sampah.

Beg-beg kerja berkulat, kini sudah ke tong sampah.

Senior sekolah yang macam sial, kini sudah ke tong sampah.

Lecturer yang suka berdendam, kini sudah ke tong sampah.

Kerja-kerja lama, kini sudah ke tong sampah.

Awek-awek lama, kini sudah ke tong sampah.

Memori pahit, kini sudah ke tong sampah.

Engkau*, bila lagi nak ke tong sampah?

*Bukan korang! ;p
  0 comments      Posted at 9:20 PM Thursday, February 12, 2009
   Taman Tasik Perdana
Aku rasa seumur hidup ku tak pernah masuk Taman Tasik Perdana. Ditemani ehem, Teep, kami berjalan-jalan membongkar rahsia alam taman tersebut semalam.

Landskap-landskap yang chantek













Kanchil dan Rusa


Sebijak aku anda



Kayuh bot ku semangat penat gila


Gambo atas bot gedik2 ar LOL

Tugu Negara



Kau teka berapa banyak patung atas tugu tuh?
  0 comments      Posted at 9:54 PM Tuesday, February 10, 2009
   Maskara
Semalam, diajak Marini, ku bersama kawan-kawan berpeluang ke Rumah Pena menyaksikan persembahan Maskara buat kali pertama.



Aku yang memang tak suka sastera lagi puisi-sajak-blablabla neh pada mulanya menjangkakan tempoh 2 jam yang membosankan. Ternyata tanggapan ku meleset sama sekali apabila hampir semua persembahan berjaya menarik perhatianku dan membuka besar mataku.

Walaupun rata2 yang buat persembahan langsung tak ku kenali, namun bakat mereka boleh dikatakan hebat. Dan bukan saja setakat berhibur, mesej2 yang mereka sampaikan juga sampai sekarang masih bermain di telingaku (tak tau lah kalau bangun pagi esok dah hilang ehehe).

Yang memang aku kenal sangat, dia neh! ahaha.
  0 comments      Posted at 11:06 PM Sunday, February 8, 2009
   Different
Dare to be different.



Do you?
  0 comments      Posted at 10:06 PM Thursday, February 5, 2009
   Cromok - Another You


Masa buat video menggelabah.

Lebih 10 shot video ku rekod.

Beginner lagi.

Sila beri tunjuk ajar.
  0 comments      Posted at 10:05 PM Tuesday, February 3, 2009
   Pagi
Pagi. Aku terbangun awal. Seawal jam 3. Suasana senyap, keadaan sekeliling hening. Bunyi kipas angin paling kuat memecah sunyi. Perasaan aku bercampur baur. Peristiwa lampau bermain di fikiran. Macam-macam rasa, umpama semua rasa dikumpulkan, dan dicampur masuk ke dalam gelas berisi air dunia yang kosong, dikacau dengan sudu.

Tiada makna menyesali yang lepas. Minda cuba bekerja untuk belajar melalui kesilapan. Fokus ke arah kebaikan, tumpu ke arah kejayaan. Apa yang penting ialah perancangan. Sayangnya yang mampu hanyalah membuka mata yang masih lemah.


Persoalaannya kenapa aku bangun? Kenapa waktu begini?
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
(Jawapan tidak lebih 100 patah perkataan)
  0 comments      Posted at 8:53 PM Monday, February 2, 2009

Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals