
Keperluan harian, kini sudah ke tong sampah.

Komponen komputer lama, kini sudah ke tong sampah.
Papan kekunci zaman universiti, kini sudah ke tong sampah.
Tetikus wayar putus, kini sudah ke tong sampah.

Pita video Rambo, kini sudah ke tong sampah.
Kaset-kaset 90-an, kini sudah ke tong sampah.

Dokumen-dokumen dulu penting sekarang tidak, kini sudah ke tong sampah.
Penyata-penyata bank yang tercetak tak sampai 4 digit di atas, kini sudah ke tong sampah.

Disket-disket kerja, kini sudah ke tong sampah.
Beg-beg kerja berkulat, kini sudah ke tong sampah.
Senior sekolah yang macam sial, kini sudah ke tong sampah.
Lecturer yang suka berdendam, kini sudah ke tong sampah.
Kerja-kerja lama, kini sudah ke tong sampah.
Awek-awek lama, kini sudah ke tong sampah.
Memori pahit, kini sudah ke tong sampah.
Engkau*, bila lagi nak ke tong sampah?
*Bukan korang! ;p
|