Hari ini, 24hb Februari. Genap setahun aku pakai W580i. W580i neh bukan rokok, tapi sejenis telefon bimbit Sony Ericsson. Hari ini juga, lebih kurang setahun aku berhenti merokok secara menyeluruh. Bukan senang nak berhenti, aku ambil masa kira-kira 3 tahun secara berfasa.
Fasa 1 Purata 4-8 batang sehari, selama setahun. (Semasa perokok tegar, 10-20 batang sehari adalah normal)
Fasa 2 Purata satu kotak (20 batang) dalam 1-2 minggu, selama setahun.
Fasa 3 Setahun lagi, merokok bila tak tahan ditawar rakan sebaya atau bila keadaan memaksa sahaja.
Apa yang aku rasa merokok neh umpama: Semasa merokok, aku seperti mengalami mimpi indah. Apabila berhenti, aku seperti baru bangun dari mimpi yang ngeri.
Dan apa yang penting si sini ialah keinginan. Renung-renungkan, dan selamat beramal!
|