Baru-baru ini ku mengalami 2 mimpi yang secara peribadi ku meletakkannya di dalam kategori ngeri.
Mimpi 1: Ku memandu sebuah kereta sedan (tak pasti kereta apa) dan sedang berlumba dengan sebuah van biru buruk yang berada di belah kanan. Sedang asyik melihat ke kanan memerhatikan pergerakan van tersebut yang boleh tahan lajunya, ku terlanggar kancil di hadapan pada kelajuan melebihi 100km/j.
Mimpi 2: Ku tembak mati seorang lelaki yang (ku tak ingat dia buat apa, tapi perkara remeh) lalu melarikan diri apabila dikejar polis. Walaubagaimanapun ku begitu yakin walaupun ditangkap ku tak dikira bersalah kerana bunuh bersebab!
Kedua-dua mimpi ini menyebabkan ku terbangun dalam keadaan jantung yang berdebar-debar dan hampir seluruh badan dipenuhi peluh dingin.