Accident
Semalam, pertama kali aku mengalami kecelakaan(kemalangan) jalanraya..

..pada tahun ini.

Mangsa kejadian, proton Savvy.

Alaa tak banyak pong melayang. Berapa ratus je. Lagipong gaji baru masuk kan. (nak sedapkan hati. )



Berikut ialah rekod kemalangan aku so far:
2002: Langgar (undur jatuh bukit) kereta Wira pensyarah management kat UiTM.
2008: Langgar Merc di bulatan.
2009: Langgar Savvy nak masuk simpang kanan.

Siapa lagi nak kena langgar?
  1 comments      Posted at 1:23 PM Tuesday, March 31, 2009
   Earth Hour
Aku sempat amek video detik-detik KLCC hampir buka lampu pada pukul 9:27PM tadi, selepas sejam bergelap dalam usaha menyokong kempen earthhour.org. Check this video out:



Aku ulangi, aku sempat amek video detik-detik KLCC hampir buka lampu pada pukul 9:27PM tadi.
  0 comments      Posted at 9:42 PM Saturday, March 28, 2009
   Extreme Freestyle Soccer
This video looks so real that I don't know if it's fake.



What ya think?
  0 comments      Posted at 8:40 AM Friday, March 27, 2009
   Sate
Semalam meeting kat Kajang. Masa nak balik aku singgah beli 70 cucuk sate ayam Hj Samuri untuk habuan rakan2 sekerja. Aku bukan nak cerita pasal sate sebenarnya. Tapi pasal Kancil ku.

Lepas beli sate tuh aku kembali ke tempat letak kereta dan terkejut separuh mati bila mendapati Kancil ku tiada. Ku mencari dengan mata yang liar. Dah menggelabah. Tapi macho aku kene jaga jugak.

Aku cuba memikirkan apa yang perlu aku buat masa tuh. Telefon polis? Tanya orang ramai? Balik naik teksi? Maklumkan pada Hj Samuri? Macam-macam soalan bermain di fikiran.

Aku cuba imbas kembali betul ke aku letak Kancil kat situ.

Anak kunci kereta ku gapai dan lihat.

!DANG!

Aku pakai kereta syarikat rupanya! cheh.



  0 comments      Posted at 7:39 AM Wednesday, March 25, 2009
   Turning Light On This Saturday


Join me being different this Saturday, 28 March 2009 by turning ON the light at 8.30pm.
  0 comments      Posted at 9:12 PM Monday, March 23, 2009
   Bukti Cinta
Bila cakap pasal cinta, ada orang yang sanggup renangi lautan api, mendaki gunung yang tinggi, menempuh segala halangan, meredahi onar dan duri, memetik bintang di langit dan menelan bara api sebagai bukti cintanya.

Kau gila ke apa?



Bagi aku, ada wallpaper kat handphone pong dah cukup!
  0 comments      Posted at 12:30 AM
   Happy Two Friends
This is what I do during meeting leisure time:











  0 comments      Posted at 6:06 PM Thursday, March 19, 2009
   Awani
I just 90% completed first 32728 project, thanks to seniors for being there for me. It's on Astro Awani (ch 501) starting yesterday. Find out U-Wartawan.



It's great to get compliments and get congratulated but just be very careful because it could lead to either success or disaster.
  0 comments      Posted at 11:21 PM Tuesday, March 17, 2009
   Stokin


Stokin neh dah 2 bulan aku tak basuh. Bau dia kau jangan tanya. Kotoran yang dihasilkan pula sangat menjengkelkan. Tapi aku tetap nak lagi stokin neh sebab stokin neh aku punya.

Tapi ini bukan nak cerita pasal tak basuh 2 bulan, bukan juga sebab nak kongsi dengan korang bau dia. Tapi stokin ini boleh dijadikan perumpamaan kepada perasaan dendam yang lama disimpan dalam hati.

Kita kadang-kadang merasa benci pada seseorang dan simpan perasaan dalam hati sehingga sampai satu tahap sakit hati yang kita alami tuh tak boleh dibendung lagi. Sampai satu tahap kalau boleh kita nak tembak dia. Kalau boleh nak dia mati. Kalau boleh nak dia masuk neraka buatan kita sendiri. Busuknya hati itu tak ubah seperti stokin yang aku tak basuh 2 bulan tuh.

Kalau stokin, nak hilangkan kotoran bukan main susah. Nak kene rendam sehari untuk keluarkan kotoran. Pastuh nak kena berus sampai berpeluh-peluh.

Tapi kalau perasaan benci, ada satu formula yang Islam ajar secara asas, meminta maaf. Mudah kan?
  0 comments      Posted at 2:24 PM Monday, March 16, 2009
   Channel X
Nak bergayut lebih lama pada kadar terendah punya pasal, aku telah buat keputusan untuk switch dari Hotlink ke XPax tempoh hari.



Switching charge, free. Siap dapat credit RM5.



You got X, you got it all.



Aku dapat X kat dahi sebab 'lompat parti' LOL.
  0 comments      Posted at 12:13 AM Thursday, March 12, 2009
   Meeting
Akhir-akhir ni banyak betul meeting yang aku kene attend. Dari client meeting hinggalah ke internal meeting. Dari meeting yang membuahkan hasil hinggalah meeting yang membuang masa. Dari meeting yang ada makan-makan hinggalah meeting yang air kosong pong tak de. Dari mee-eating hinggalah ke meeting-kap.

Dari pemerhatianku, ada yang semasa meeting menggunakan alatan untuk menghilangkan bosan atau rasa mengantuk. Ada yang menggunakan buku nota, konon-kononnya menulis point penting padahal melukis. Ada yang menggunakan hanphone, konon-kononnya menjawab sms padahal main game. Dan tak lupa laptop, konon-kononnya buat kerja padahal berchatting.



Tak kiralah alatan apa pong yang digunakan, yang paling penting muka mesti serius.
  0 comments      Posted at 9:48 AM Sunday, March 8, 2009
   Wilayah Tengah
Memang penat. Lepas satu, satu. Hari tuh main futsal. Metatarsal tak baik lagi da kena ke Nilai semalam, sehari kat sana. Ada seminar perluasan perkhidmatan SMS untuk projek 15888. Nak tido memang tak dapat.

Tapi aku belajar banyak di sana. Selain ditugaskan menjadi kameraman sementara, ku juga diarah menjadi fasilitator yang bertanggungjawab memberi penerangan dalam sesi soal jawab bersama agensi-agensi yang terlibat.


Taklimat oleh err..


Depan kamera, masing-masing berlakon buat kerja.


Cari aku kalau berani

Tau Wilayah Tengah tuh apa?
  0 comments      Posted at 10:20 PM Wednesday, March 4, 2009
   Jimat
Dah 2 hari ku menghidap selsema. Hingus keluar macam air keluar dari paip rosak. Tak pekat, cair. Masin, tapi sedap.

Apa yang ku nak tulis neh bukan pasal hingus, tetapi macam mana nak berjimat bila berhingus cair. Caranya begini:

1. Pagi nak keluar kerja, ambil sehelai tisu dan gunakan untuk menglap hingus yang mengalir deras.

2. Sampai di tempat kerja, tinggalkan tisu tersebut di atas dashboard kereta. Biarkan sepanjang jam kerja. Cuaca panas adalah bonus.



3. Masa pulang, tisu tampak kering dan seperti baru. Guna semula tisu itu menglap hingus yang terus mengalir.



Tahniah, kau dah pong berjimat.
  0 comments      Posted at 8:52 PM Monday, March 2, 2009

Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals