Semalam meeting kat Kajang. Masa nak balik aku singgah beli 70 cucuk sate ayam Hj Samuri untuk habuan rakan2 sekerja. Aku bukan nak cerita pasal sate sebenarnya. Tapi pasal Kancil ku.
Lepas beli sate tuh aku kembali ke tempat letak kereta dan terkejut separuh mati bila mendapati Kancil ku tiada. Ku mencari dengan mata yang liar. Dah menggelabah. Tapi macho aku kene jaga jugak.
Aku cuba memikirkan apa yang perlu aku buat masa tuh. Telefon polis? Tanya orang ramai? Balik naik teksi? Maklumkan pada Hj Samuri? Macam-macam soalan bermain di fikiran.
Aku cuba imbas kembali betul ke aku letak Kancil kat situ.
Anak kunci kereta ku gapai dan lihat.
!DANG!
Aku pakai kereta syarikat rupanya! cheh.
|