Semalam, pertama kali aku mengalami kecelakaan(kemalangan) jalanraya..
..pada tahun ini.
Mangsa kejadian, proton Savvy.
Alaa tak banyak pong melayang. Berapa ratus je. Lagipong gaji baru masuk kan. (nak sedapkan hati. )
Berikut ialah rekod kemalangan aku so far: 2002: Langgar (undur jatuh bukit) kereta Wira pensyarah management kat UiTM. 2008: Langgar Merc di bulatan. 2009: Langgar Savvy nak masuk simpang kanan.
Aku sempat amek video detik-detik KLCC hampir buka lampu pada pukul 9:27PM tadi, selepas sejam bergelap dalam usaha menyokong kempen earthhour.org. Check this video out:
Aku ulangi, aku sempat amek video detik-detik KLCC hampir buka lampu pada pukul 9:27PM tadi.
Semalam meeting kat Kajang. Masa nak balik aku singgah beli 70 cucuk sate ayam Hj Samuri untuk habuan rakan2 sekerja. Aku bukan nak cerita pasal sate sebenarnya. Tapi pasal Kancil ku.
Lepas beli sate tuh aku kembali ke tempat letak kereta dan terkejut separuh mati bila mendapati Kancil ku tiada. Ku mencari dengan mata yang liar. Dah menggelabah. Tapi macho aku kene jaga jugak.
Aku cuba memikirkan apa yang perlu aku buat masa tuh. Telefon polis? Tanya orang ramai? Balik naik teksi? Maklumkan pada Hj Samuri? Macam-macam soalan bermain di fikiran.
Aku cuba imbas kembali betul ke aku letak Kancil kat situ.
Bila cakap pasal cinta, ada orang yang sanggup renangi lautan api, mendaki gunung yang tinggi, menempuh segala halangan, meredahi onar dan duri, memetik bintang di langit dan menelan bara api sebagai bukti cintanya.
Kau gila ke apa?
Bagi aku, ada wallpaper kat handphone pong dah cukup!
I just 90% completed first 32728 project, thanks to seniors for being there for me. It's on Astro Awani (ch 501) starting yesterday. Find out U-Wartawan.
It's great to get compliments and get congratulated but just be very careful because it could lead to either success or disaster.
Stokin neh dah 2 bulan aku tak basuh. Bau dia kau jangan tanya. Kotoran yang dihasilkan pula sangat menjengkelkan. Tapi aku tetap nak lagi stokin neh sebab stokin neh aku punya.
Tapi ini bukan nak cerita pasal tak basuh 2 bulan, bukan juga sebab nak kongsi dengan korang bau dia. Tapi stokin ini boleh dijadikan perumpamaan kepada perasaan dendam yang lama disimpan dalam hati.
Kita kadang-kadang merasa benci pada seseorang dan simpan perasaan dalam hati sehingga sampai satu tahap sakit hati yang kita alami tuh tak boleh dibendung lagi. Sampai satu tahap kalau boleh kita nak tembak dia. Kalau boleh nak dia mati. Kalau boleh nak dia masuk neraka buatan kita sendiri. Busuknya hati itu tak ubah seperti stokin yang aku tak basuh 2 bulan tuh.
Kalau stokin, nak hilangkan kotoran bukan main susah. Nak kene rendam sehari untuk keluarkan kotoran. Pastuh nak kena berus sampai berpeluh-peluh.
Tapi kalau perasaan benci, ada satu formula yang Islam ajar secara asas, meminta maaf. Mudah kan?
Akhir-akhir ni banyak betul meeting yang aku kene attend. Dari client meeting hinggalah ke internal meeting. Dari meeting yang membuahkan hasil hinggalah meeting yang membuang masa. Dari meeting yang ada makan-makan hinggalah meeting yang air kosong pong tak de. Dari mee-eating hinggalah ke meeting-kap.
Dari pemerhatianku, ada yang semasa meeting menggunakan alatan untuk menghilangkan bosan atau rasa mengantuk. Ada yang menggunakan buku nota, konon-kononnya menulis point penting padahal melukis. Ada yang menggunakan hanphone, konon-kononnya menjawab sms padahal main game. Dan tak lupa laptop, konon-kononnya buat kerja padahal berchatting.
Tak kiralah alatan apa pong yang digunakan, yang paling penting muka mesti serius.
Memang penat. Lepas satu, satu. Hari tuh main futsal. Metatarsal tak baik lagi da kena ke Nilai semalam, sehari kat sana. Ada seminar perluasan perkhidmatan SMS untuk projek 15888. Nak tido memang tak dapat.
Tapi aku belajar banyak di sana. Selain ditugaskan menjadi kameraman sementara, ku juga diarah menjadi fasilitator yang bertanggungjawab memberi penerangan dalam sesi soal jawab bersama agensi-agensi yang terlibat.