|
This is the end of me3n.blogspot.com. No more posts will be posted here.
"Sesuatu yang bermula pasti akan berakhir (kecuali Allah)"
Please welcome my new blog:
http://mr.muhaim.in
See you there!
|
|
|
|
Saja nak kongsi sama..
Antara nasihat yang ku masih ingat semasa menghadiri kelas penyusuan tempoh hari ialah:
Jangan menyalahkan ibu bapa atas apa yang berlaku kepada diri kita pada hari ini kerana maklumat yang mereka terima pada zaman mereka adalah berbeza dengan maklumat yang kita terima pada zaman kita. Apa yang mereka lakukan ialah apa yang mereka fikir terbaik untuk kita.
|
|
|
|
Entri tempoh hari ku ada tulis pasal domain .in yang berharga $68, ku salah rupanya. Boleh dapat dengan harga $14.99 (~RM46). Lebih kurang beli domain .com biasa. Kalau Latipah ada website dia, latipah.com, ku pun nak ada sendiri:
http://muhaim.in
Lepas nih dah takde la me3n.blogspot.com!
|
|
|
|
1. Akhir-akir ni agak sibuk (buat-buat sibuk) dengan macam-macam urusan kerja duniawi yang tak habes-habes.
2. Tadi ada meeting, janji 2.30pm, semua dah sampai, kau sorang sampai 3 lebih. Mesyuarat tak boleh nak mula, sebab kau takde. Suka hati kau je.
3. Member ku yang jadi pengapit lelaki masa wedding ku dulu dah nak kahwin, kemungkinan ku kena jadi pengapit dia!
4. Kini sedang kira-kira perbelanjaan bulanan, penting juga tuh.
5. Tipah cadangkan beli domain muhaim.in (.in - india punya domain, kalau Malaysia .my), tapi bila ku semak harga kat asiaregistry.com, $68 setahun dowh! Available lagi dowh domain nih..
|
|
|
|
Ini, koleksi teka teki yang ku kumpul sejak beberapa bulan lepas..
TT 1: Dalam banyak-banyak cicak, cicak apa berwarna merah?
Credits: Aiman Harith, anak buah
TT 2: Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang kedekut?
TT 3: Apa dalam nenas? Apa pula di bawah batu?
TT 4: Apa yang naik tak turun-turun?
Credits: Syamil, anak buah
TT 5: Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa paling berani?
TT 6: Apa persamaan Michael Jackson dan Michael Jordan?
TT 7: Dalam banyak-banyak diskaun, diskaun apa yang orang tak nak?
TT 8: Apakah yang datang tetapi tak pernah tiba?
TT 9: Apa yang pergi depan, balik belakang?
TT 10: Seekor monyet sedang memanjat sebatang pokok kelapa, apa yang ia lakukan sebelum turun?
TT 11: Kajian menunjukkan menghidu bau burger boleh mengurangkan berat badan, kenapa?
Credits: Muzik FM, 95.3
Cubalah jawab dulu sebelum tengok jawapan, tengok berapa yang betul! ;p
Jawapan (Ctrl+A): TT 1: Cicakman TT 2: Kuda - bunyik kaki dia "ke-de-kut..ke-de-kut..ke-de-kut.." TT 3: Spongebob dalam nenas (rumah dia), Patrick bawah batu TT 4: Umur TT 5: Pokok pisang, kerana paling berani mengeluarkan jantung TT 6: Kedua-duanya tak kenal awak TT 7: Diskaun pahala (atau gaji ;p) TT 8: Hari esok TT 9: Keretapi TT 10: Panjat TT 11: Kerana hanya menghidu, dan tidak makan
|
|
|
|
|