Malaysia 1 - 2 Indonesia (Agg: 4-2)
Perlawanan akhir (pusingan kedua) AFF Suzuki Cup 2010

Malaysia 1 - 2 Indonesia



Agreget: 4-2

Scorers:
1-0: Safee Sali (53')
1-1: Mohamad Nasuha (71')
2-1: Muhammad Ridwan (88')


Full match highlights

More football highlights: pgoalx.blogspot.com

Kitorang tonton kat Perbadanan Putrajaya, memang happening!



  6 comments      Posted at 11:56 PM Wednesday, December 29, 2010
   Malaysia 3 - 0 Indonesia (26-12-2010)
Perlawanan akhir (pusingan pertama) AFF Suzuki Cup 2010

Malaysia 3 - 0 Indonesia

Scorers:
1-0: Safee Sali (60')
2-0: Asaari Shamsudin (67')
3-0: Safee Sali (72')


Full match highlights

More football highlights: pgoalx.blogspot.com
  1 comments      Posted at 11:36 PM Sunday, December 26, 2010
   Bali
Entry sentimentol nih ku rakamkan dalam blog nih untuk ditatap di kala rindu nanti wahaahahaha..


Lokasi: Bali
Tarikh: 29 Jun - 2 Julai 2010
Hotel: The Vira Bali


@ The Vira Bali

Bali, one of the finest destinations for a honeymoon. Selepas shortlist, kami pilih untuk ke Bali kerana kecantikan pulau yang memiliki pelbagai tarikan seperti pantai pasir putih, sukan air, kraftangan dan seni, temple2, gunung berapi, seaside restaurant dan SPA!!

Did you know?
- Sejarah - Penyebaran Islam di Indon oleh wali songo di kawasan pantai. Orang jawa timur yang tak nak masuk Islam, berhijrah ke Bali. Ada juga yang Islam Kejawen - masih percaya ghaib, sembah kepala lembu dan solat - org jogjakarta
- 5 agama - penduduk berhak pilih
- Bali - 84% hindu
- Hyang - org keramat / nenek moyang. Asal sembahyang = sembah Hyang!

Hiasan bunga ini dipercayai dipersembah kepada dewa dan terdapat di hampir semua kedai

DAY 1

1. Pekena spa

2. Had seafood candle-light dinner at Jimbaran - Recommended!


Did you know?
- Aisyah (penyanyi) pernah ke Bali, buat Spa, menggunakan supir yang sama
- Pantai Tanah Lot - pantai di bahagian utara berpasir hitam
- Di
Batu Bulan - banyak berhala yang dibuat daripada batu gunung berapi


DAY 2

1. Lawatan ke kilang batik


Mesin penenun

Terengganu punya batik lagi best! ;p.

2. Lunch @ Gunung berapi Kintamani

Nice view, nice food - Recommended!

Did you know?
- Gunung berapi terbesar di Bali - gunung berapi Agung kali terakhir meletup 1963
- Kintamani 1.7 km tinggi dari paras laut
- Bangli ialah kopi
- Baju tradisi - perempuan pakai kebaya perut diikat

3. Lawatan ke ladang kopi + kopi luwak

Luwak = musang

Pelbagai jenis kopi, kaw punya! Kopi luwak tuh satu cawan lebih kurang RM11!

Perbezaan kopi luwak dan kopi biasa, kopi luwak diselaputi kulit selepas di'proses' oleh luwak ;p.


"Habislah kopi aku" bisik makcik tuh

4. Kecak dance - tarian/lakonan memuja dewa yang dianggotai berpuluh-puluh penari lelaki dan lebih kurang 10 pelakon utama.




DAY 3

1. Lawatan ke kilang silver - mahal gile dowh!

2. Parasailing dan flying fish



Boleh nampak satu Bali beb!

Flying fish

3. Bermandi manda di pantai Nusa 2

Best weh pantai nih - Recommended!

4. Lawatan ke temple Uluwatu



Monyet liar si pencuri selipar

Did you know?
- Monyet di Uluwatu sangat liar - suka curi barang, monyet di Ubud pula baik
- Odalan ialah dewa wishnu (perayaan)
- Ubud - rumah satu2, seorang satu. Masih ada lagi org yg mandi parit dan basuh baju di situ

Nampak tak nama restoran tuh??

DAY 4

1. Kuta Beach - Pantai yang tak sesuai mandi, tetapi untuk surfing.


2. Monumen pengeboman tahun 2002 - monumen nih senaraikan semua nama mangsa.


3. Shopping
Kau ingat kat KL je ada Sogo? ;p.



Did you know?
- Jimbaran dan Sanur ialah pantai berpasir putih
- Orang Bali, perempuan kerja berat, berbanding lelaki, PEMALAS
- Jeker maksudnya kaki ayam
- Bali dibom pada tahun 2002
- Maksud Bali - Malas, kemBALI
- Bali aman kerana penduduk percaya kepada hukum karma, dan banyak tourist
- Aku amek mase berhari-hari nak siapkan post nih!
  4 comments      Posted at 10:58 PM Tuesday, December 21, 2010
   4 Wonderful Days
Sabtu 11/12/2010: 2 lagi rakan blogger melangsungkan majlis perkahwinan pada hari ini, Nurain dan Aima (merangkap rakan ACCP). Tahniah diucapkan, semoga masjid yang dibina kukuh dan kekal hingga ke akhir hayat, insyaAllah.

Ahad 12/12/2010: Menyertai futsal yang dianjurkan keluarga belah bapa kepada Latipah. Di samping dapat mengenali mereka dengan lebih rapat, ku juga sengal2 tulang pelvis peha dan punggung sampai sekarang ;p. Klik sini kalau nak tengok ku buat skill Ronaldo.

Isnin 13/12/2010: Hari ni berjaya menambah progres pembangunan Sistem Helpdesk jabatan ke tahap yang memberangsangkan. Sikit lagi nak siap! Hari ni juga ku berjaya menyiapkan SKT (requirement untuk naik pangkat weh!) dan hantar kepada bos!

Selasa 14/12/2010: Terpaksa mengambil EL (yang dirancang ;p) untuk menemani Latipah ke klinik untuk scan baby buat kali pertama. Kali pertama melihat baby sendiri, terharu nak nangis pun ada, Alhamdulillah syukur kepada Allah. "Dia bergerak-gerak masa scan" kata Latipah :)

  5 comments      Posted at 5:36 PM Tuesday, December 14, 2010
   Go Holiday
I've been working way hard lately and thinking to take a break - go holiday. Not in December, it's school holiday. January would be perfect, but...

  1 comments      Posted at 4:51 PM Friday, December 10, 2010

Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals