RHB vs PTM Gred F41
Ku dah fikir setengah masak pasal 2 tawaran yang ku kira antara pilihan paling sukar dalam hidup ku.
PILIHAN 1: RHB di mana ku berada sekarang (lebih kurang sebulan).
PILIHAN 2: PTM Gred F41 yang setiap tahun beratus ribu pemohon memohon.

Berikut adalah perkara yang ku ambil kira:

1. RHB gaji lagi besar dari PTM F41 (Apsal perkara ni berada di tangga pertama nih??)

2. Bonus RHB jauh lebih tinggi dari bonus PTM F41. (Yang ni plak no 2?)

3. PTM F41 menawarkan skim pencen yang terjamin. RHB tiada.

4. Kedua-dua PTM F41 dan RHB menawarkan faedah pinjaman rumah, kereta dan peribadi yang hampir sama.

5. Sebagai PTM aku mungkin akan ditempatkan di mana-mana kawasan di seluruh Malaysia termasuk Bintulu dan Sandakan. RHB juga ada buat posting tetapi peluang ku ditukartempatkan hampir 0%.

6. Kalau ku tak ambil PTM, ku akan diblacklist selama 3 tahun. Tetapi di bawah probation ku boleh bagi notis 24jam di RHB. (Macam takde kaitan je)

7. Jawatan PTM bukan senang nak dapat. Begitu juga RHB.

8. Masa belajar di UiTM dulu, aku pemegang biasiswa JPA, bukan RHB.

Bak kata Rahim Maa'rof "Lu pikir lah sendiri!"
20 comments:

Blogger ieza98 wrote
yey! org pertama komeng :P. pilihan pertama tu mmg sah2 major source dia riba :d. sorry yek mumuk..jgn mare..sekadar pendapat peribadi ;-)

Anonymous en_me wrote
gaji besar teww bro..

Blogger Mohd Hafizd wrote
haa..amik yag dpt secure masa dpn ko bro~

Blogger The Zulus wrote
kerja kat DAPAT balik je.. hahahaha.

Blogger Masy wrote
ko jadi petani jelah ad3ck haha

Blogger pye:rudz wrote
pendapat saya:
RHB. dan aku dah terangkan hujah aku kat rumah mak itu ari.
banyak cara lain lagi kita boleh balas jasa kerajaan. contoh: bayar cukai, pakai baju batik setiap khamis, pasang bendera pada bulan kemerdekaan, beli barangan buatan malaysia dll. hahaha.

sekian, terima kasih.

Blogger sHiBi wrote
sgt sukar ni

Blogger Fieda wrote
Sudah dapat job offer PTM f41.. wah cayalah.. tapi apa pun fikir semasak2nya..

Blogger Super Nia Hana wrote
RHB

tatau nape
maybe sebab pertama jugak
ehehehehe

Blogger Intan and The Boys wrote
RHB ada epf kan?
:D

Blogger achik wrote
lu pikir la sendiri..

err solat istikharah la weh.. :)

Blogger Unknown wrote
istikharah laa weh.. aku dlupon dr swasta masuk gomen.. :)

Blogger me3n wrote
ieza:
baca ni:
http://www.zaharuddin.net/content/view/240/97/

en_me:
takde lah besar mana. besar buah kelapa je ;p.

hafizd:
dua2 nampak secure ;p.

zulus:
ku dengar ade awek baru ganti tempat ku. betulkah? ;p.

masy:
inilah cadangan yang saya nanti2kan kak :-w

pye:rudz:
termasuklah nyanyi lagu negaraku.

shibi:
memang ye.

fieda:
ku baru fikir setengah masak ;p.

hana:
eheheehheheehehe sokong hana jugak ;p.

puterikurekure:
ada.

achik | theconfused:
insyaAllah ;)

Blogger nasazfrog... wrote
fikir yang terbaik jer la bro... :)

Anonymous Anonymous wrote
baik pk utk masa depan je la,dah tentu PTM ade skim pencen.. =]

Blogger Sheeta dari Laputa wrote
Sebagai seorang yang komited kerja, aku rasa baik kekalkan diri anda di RHB.

Eheh.

Sumber riba'? Hujah itu boleh diterima pakai gak tu. Uhuhu... Tapi semua pun bank camtu, Al-Rahji tak tergolong eh?

Bab pencen tayah la pikir sgt. Lepas 30 tahun kerja RHB, ko bleh kira berapa EPF ko akan dapat. Eheh~Increment tahunan yang 2-3 kali lebih best dari PTM. dan as u said, kestabilan lokasi bekerja di RHB dan kurang politik dalaman.

Decide wisely. :p

p/s: Meen, aku betul2 rasa better stay kat RHB. Dengan bonus tahunan dan kemudahan loan yang best. Aku rasa, kalau once dah kukuh kat bank.. ko bleh tukar angin ke bank2 lain. Time tu nak try2 mintak Al-Rahji & Bank Rakyat pun dah ok. Bank of Saudi pon boleh.

Blogger DeeN wrote
Ko mmg beruntung D3ck sebab selalu dapat offer yg sukar nak dipilih. Kalo aku ... aku pilih RHB, pastu aku partime jual bundle. Kalo tak, aku terima offer PTM, pastu partime direct selling. Wakakakakakaaaa!!

Alalaa... ko ikut cadangan Achik, wat solat Istikharah! Kan senang! Apapun pilihan ko, aku ucapkan TAHNIAH dan SELAMAT!!!

Selamat berpuasa ya D3ck! Bila ko nak jemput aku open house neh? ;)

Blogger Aima Othman wrote
jadik surarumahtangge je....:p

Blogger ruru wrote
kalau ko jenis yang bercita-cita tinggi, nak ada career development, naik pangkat, better stay at RHB.
sebab dgn gov sukar ko nak pergi jauh utk career development walaupun ko ada kelayakan tertinggi.

Blogger adie wrote
ambik PTM, pahtu buat partime jual ebook toyol.ok ape. err...nak tanya, PTM tu ape ek? hehe..

Post a Comment
Get back to home


Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals