Semasa pulang dari kerja tadi, aku berdepan situasi di mana aku melintas jalan secara terburu-buru dan berada lebih kurang 3 kaki di hadapan bas bergerak.
Dengan kelajuan basikal, aku berlari dengan harapan dapat melepasi bas tersebut.
Dengan tak semena-mena, sebuah motosikal meluru laju di sebelah bas tersebut yang sebelum melepasi bas, aku tak nampak.
Cuba kau bayangkan jap. Boleh?
Dalam keadaan yang tak ubah seperti telur di hujung tanduk itu, aku tak boleh berhenti, kalau tak aku akan digilis bas. Dan dalam masa yang sama aku tak boleh berlari, kalau tak aku dilanggar motosikal.
Selepas berfikir dalam masa tak sampai 1 saat, aku membuat keputusan untuk menggunakan hikmat yang dikenali sebagai Hikmat Khayalan, salah satu Hikmat Keramat Berlima yang pernah aku pelajari. Aku akhirnya berjaya melepasi kedua-dua kenderaan tersebut.
Gila kau. Sampai sekarang aku masih terbayang-bayang peristiwa itu. Kalau tak berjaya membuat hikmat tuh tadi, masuk berita aku malam neh.
da~
|