Kerja Gila
Ada 3 kerja gila yang ku nak buat yang sedang bermain dalam fikiran ku:

1. Ada satu bangunan sedang dibangunkan bersebelahan dengan pejabat ku. Bermula beberapa minggu lepas ku ambil satu gambar setiap minggu dan akan terus ambil sehingga bangunan itu siap! Hasilnya kau tunggu lah tahun depan!



2. Ada kawasan kondo juga sedang dibangunkan bersebelahan kawasan apartment ku, dan ku buat benda yang sama. Tunggu hasilnya 12 tahun lagi nanti!



Member ku, Shahrul suggest jual hasil-hasilnya (kerja gila 1 dan 2) kepada Discovery Channel, ku kata Why not?

3. Kerja gila ketiga nih dah siap dan ku akan post kan dalam entri akan datang. :)
  4 comments      Posted at 11:24 PM Wednesday, October 27, 2010
   Hi 5
1 Hari ni ku amek leave, hantar Latipah ke klinik untuk buka buku merah. Alhamdulillah, semuanya lancar.



2 Doakan keselamatan dan kebahagiaan ku dan Latipah ye. She is 10-week pregnant now. Terima kasih di atas komen anda :).



3 Esok (21 Oktober 2010) meja makan yang kami beli di Ikea akan tiba, tapi kerusi tak de lagi! Temporarily out of stock!!gedegang!

4 Dapat SMS mengarut nih melalui Maxis broadband, ku belum pakai Ass-Throw lagi ok.



5 Album kahwin tak siap dengan alasan sibuk dengan program menteri oleh fotografer. Dulu janji 2 bulan. Masa mintak duit laju je, memang macam gampang. ;p.
  14 comments      Posted at 11:07 PM Wednesday, October 20, 2010
   System Properties
Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk meletakkan gambar kegemaran anda apabila anda

right click My Computer >> Properties

seperti rajah ini:



Cara-caranya:

1. Edit gambar kegemaran anda dan save as OEMLOGO.BMP (jenis file mesti bmp)
2. Copy dan paste ke dalam C:\WINDOWS\system32
3. Selesai!

Cubalah..kalau takde kerja ;p.

Credits: Shuharizal

* Kaedah ini hanya berkesan kepada Sistem Operasi Windows sahaja
  5 comments      Posted at 12:34 PM Thursday, October 14, 2010
   Seantero
1. Hari ni ku berjaya pecah rekod iaitu bekerja di sesebuah organisasi melebihi 1 tahun. Hari ini genap ku kerja 1 tahun 1 hari di sini ;p.

2. Dell Inspiron 14R akan jadik milik ku, terima kasih atas cadangan kalian. Lepas ni boleh facebook kat office! ahahahaaha



3. Cakap dengan dinding adalah sama seperti minum air sirap yang dimasuki lalat



4. Ku jadi emcee majlis hari raya semalam, tak de pun sampai nak cas RM100 sejam? ;p.


Pengagihan duit raya oleh pengarah bahagian

5. Tahukah apa maksud bacaan semasa duduk antara dua sujud?

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (dan sayangi aku)
Wajburnii (dan tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (dan angkatlah darjatku)
Warzuqnii (dan berilah aku rezeki)
Wahdinii (dan berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (dan sihatkan aku)
Wa'fuannii (dan maafkan aku)

Jangan baca saja, hayati sekali maksudnya :)
  5 comments      Posted at 3:08 PM Wednesday, October 6, 2010

Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals