Status: Married
  15 comments      Posted at 9:13 AM Saturday, June 26, 2010
   3 Days To Go





  8 comments      Posted at 8:04 AM Tuesday, June 22, 2010
   Sketsa 2
Nana bagi Nini cokelat celup kat ku. Sedap, memang layan. Lepas tuh ku ke bilik member, ada discussion, sambil makan Nini cokelat celup.

Min: Kak, nak Nini?

Kak Lin: Kau nih macam anak aku lah, makan benda nih. Ahahaaha

Min: Err..

Kak Lin: Betul ke ko dah nak kahwin nih? Ahahaaha

Min: !Gedegang!
  6 comments      Posted at 8:19 AM Wednesday, June 16, 2010
   Sketsa
Amin: Mak, beg ni nak letak kat atas eh?

Mak: Emm

Amin: Letak kat bilik mana?

Mak: Bilik stor tuh

Amin: Bilik stor? Yang mana satu?

Mak: Bilik ko la!

Amin: !Gedegang!
  10 comments      Posted at 7:28 AM Friday, June 11, 2010
   Honda City
Kancil buat hal lagi.

Hari tuh tukar drive shaft depan, absober belakang, dan keempat-empat biji tayar. RM1000+.

Malam ini sebiji tayar buat hal pula. Pancit dek kerana skru.



Takpelah, mungkin dah sampai masa nak beli kereta baru ada hikmahnya :).

Terima kasih kepada mak yang baru pulang dari mengedarkan kad jemputan di rumah makcik sebab perasan tayar yang pancit malam ini. Kalau tidak dah tentu ku menggelupur pagi-pagi besok di tengah lebuhraya! Sayang mak!
  8 comments      Posted at 10:21 PM Tuesday, June 8, 2010
   Couple - Lagu Cinta Untukmu
Ku layan lagu nih da lebih 30 kali hari ni ;p.





Lirik:
Inginku buat lagu cinta untukmu
Agar kau boleh cuba rasa perasaanku
Inginku tulis lirik cinta untukmu
Agar kau boleh cuba rasa perasaanku


Dengarkan lagu ni di majlis ku nanti! ;p.
  2 comments      Posted at 11:07 AM Friday, June 4, 2010
   Soalan Tentang Kahwin


Memang banyak betul jemputan kahwin lebih-lebih lagi masa cuti sekolah ni. Bak kata Debik, "dah sampai musim..." lu pikir la sendiri. Semakin hampir ku dengan hari yang dinanti-nanti nih, beberapa soalan ku nak ajukan kepada sesiapa yang tau:

1. Adakah bunga sirih merupakan salah satu hantaran yang dimestikan?

2. Betul ke mengikut adat, pengantin tidak boleh duduk bersama walaupun telah bernikah, sehingga selesai majlis sanding belah perempuan?

3. Adakah inai yang berbentuk bunga-bunga dibolehkan?

4. Jumlah hantaran mesti nombor ganjil ke? Dan adakah jumlah hantaran lelaki mesti melebihi jumlah hantaran perempuan?

;p.
  13 comments      Posted at 7:39 AM Wednesday, June 2, 2010

Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals