Barang Hantaran

Model baru, tolong jangan terkejut

Semalam hampir sehari meluangkan masa bersama Latipah mencari barang hantaran. Bukan senang nak jumpa barang pilihan Latipah. Habis teliti setiap barang dilihatnya. Benang yang terkeluar sedikit pun dia perasan. Akhirnya tak jadi beli pula, nak tengok yang lain dulu.

Takpelah, yang penting dia suka kat aku! ;p.

Progres persiapan perkahwinan: 67%
  9 comments      Posted at 7:58 AM Monday, March 29, 2010
   Rutin Harian
5:50 - Bangun pagi, mandi kerbau dan solat Subuh
6:30 - Bertolak ke tempat kerja
7:15 - Parking di tingkat B2
7:30 - Masuk Facebook, jam 8 nanti kena block!
8:00 - Mula mengulo kerja
9:20 - Main game
9:30 - Sambung mengulo kerja
10:10 - Kacau kawan-kawan bilik sebelah
1:00 - Rehat makan tengah hari, solat Zohor
1:30 - Tidur bawah meja
2:00 - Berblog Sambung kerja
2:15 - Chatting
2:45 - Tidur kejap
3:00 - Main sudoku
3:50 - Kacau kawan-kawan bilik sebelah
4:35 - Solat Asar
4:50 - Main game
5:00 - Tamat waktu kerja
5:10 - Main ping pong
6:15 - Bergerak pulang ke rumah
6:30 - Mengharungi jem dengan tenang lagi sabar
7:30 - Tiba di rumah, mandi dinasor, solat Maghrib
7:45 - Makan malam, sedapnya masakan mak!
8:00 - Sambung menghadap komputer - selesaikan apa yang patut
9:00 - Solat Isya'
11:00 - Mandi kepanasan global - jika perlu
11:30 - Tidur
  9 comments      Posted at 7:41 AM Wednesday, March 24, 2010
   iluvurl.com


Ini adalah produk terbaru aku, ILuvURL Link Cloaker. What the heck does link cloaker mean? Ia memendekkan URL yang panjang.

Contohnya kita nak share URL panjang ni kepada kawan-kawan:
http://www.google.com.my/search?hl=en&q=me3n&sourceid=navclient-ff&rlz=1B3GGLL_enMY360MY361&ie=UTF-8

Ianya terlalu panjang dan sukar untuk diingati, jadi servis ini akan memendekkan URL tuh supaya kelihatan lebih kemas seperti di bawah:
http://iluvurl.com/GoogleSearch

Ia juga berguna jika korang ada link affiliate, bagi tujuan yang sama.

Servis ini PERCUMA. InsyaAllah sampai bila-bila.

Oh ya, memandangkan servis ini masih baru, alias yang cantik-cantik masih boleh dimiliki!

Klik iluvurl.com
  5 comments      Posted at 10:58 AM Monday, March 15, 2010
   Kuota
Kebimbangan Setiausaha Agung Cuepacs berkenaan kuota wanita di jabatan kerajaan memang ada asasnya


Sambutan Maulidur Rasul 2010
  7 comments      Posted at 12:41 PM Friday, March 5, 2010
   Apa Dalam Fikiran Kau Ni?
  • Hari ni cuti
  • Esok kerja
  • Kahwin, banyaknya tak siap lagi
  • Nak bayar deposit bridal
  • Bayar komisyen affiliate e-toyol.com
  • I need more time
  • Projek baru - www.sabunsegar.com
  • Betul ke nak beli kereta tahun ni? Lepas kahwin plak tu.
  • Nak cari rumah sewa
  • Sistem autoresponder ialah tool yang paling berkesan untuk bisnes internet
  • Malas nak layan permohonan kuarters
  • Tukar nama rumah - bil eletrik ada tunggakan RM100 lebih!
  • Warna tema hitam+merah
  • MU menang League Cup
  • Nak buat ebook baru
  • Lokasi bulanmadu?
  • Bisnes part time - 'tambah jajahan!'
  • Esok nak mintak surat akuan bujang
  • Esok nak apply cuti lagi, buat test HIV
  • I need more money
  • Projek baru - www.rahsiaduitfacebook.com
  • Nak beli 3 domain baru
  • Kancil, tolonglah bertahan
  • Buang 1 domain
  • Tak cukup tidur
  • Bilik berselerak
  • Dah lebih 2 minggu tak jogging ;c
  8 comments      Posted at 4:27 PM Monday, March 1, 2010

Profilo
Hotlinks
Divisions
Daily Doses
What's New
Posted B4
Booked
I Do Surf
Home | e-toyol.com | Latipah | Premier Goals